Warrior ♛
flee unto Allah.

Diary Contact Theme +Follow



OLD NEW
831. 8 Letters. 3 Words. 1 Meaning. I Love You.


Assalamualaikum, korang. Tak update satu minggu memang banyak aku nak story. One by one, okay ? Post neh agak panjang. maybe ^^
Hari rabu, ada koko and aku kena pakai kain yang menyusahkan tuh. Memang rimas gila. Pagi tuh panas gila. Dengan baju uniform tuh. Sabar sahajalah. Petang, lepas habis koko. Boleh pula hujan kan. File aku basah, kertas BM melayang 'layang. Tak pasal 'pasal aku kena buat balik. Almost semua lah. Muni paling gila. Dia ajak aku main hujan. Aku pon layan. Best apa. Kesian Bella, kena tarik 'tarik. lol. Iffah semangat nak main. Lama tak main hujan ke Pah ? Tudung aku gila basah macam mandi sahaja. Balik tuh memang satu badan sejuk. Tapi tak demam. 

Khamis pula, sebelum rehat, kelas kitorang macam biasalah. Partyrockanthem. Cikgu tak masuk. Jealous tak jealous tak ? Aku dengan budak 'budak belakang kusyuk sahaja dengar story Shazreen. Dia story tak boleh blah. Skip sahaja. Nasib aku cepat faham. Lepas rehat, aku lepak denga garagaragaru. Aku dengan Muni macam kembar berapa juta tahun tak jumpa, haha. Kitorang kan perfect two :"> Aku, Bella, Siqin main tulis 'tulis surat dengan Nuril. Cakap pasal Cikgu tuh dengan Cikgu neh. Sengal sahaja. Gelak 'gelak tulis surat. Muni aku tak tahu dia buat apa dengan Amal. Then, tiba 'tiba ada nasyid kan. Aku dengan Muni paling gelabah. Eksaited tengok diorang nyanyi. Paling lawak ada pulak budak nasyid tuh salah step. Memang satu dewan gelakkan dia. lol kesian dia. Masuk kelas balik, cikgu takada. Ohyeah, memang kelas aku bising nak mati. Then ada prefects masuk pastu dah tak ohyeah. Amal baca novel cinta, try cover. Hidayah pula story pasal HAHA suka tett. Rahsia. haha. Lepas tuh ada Science. Time tuh lah syaitan dok bertenggek dekat mata aku. Aku duduk depan. Cikgu tengok sahaja aku tersengguk 'sengguk. Then, Amal kasi surat. Soalan kau tak boleh blah. Aku jawap lagi merepek. Jihah pon sokong sahaja. Bagus 'bagus. Homework Science tak ada :DD

Jumaat, patutnya aku mengaji dengan Yana. Tapi aku tak jumpa Yana so aku baca dengan Ibti. Kesian kau Yana, baca dengan budak Ikhlas. Masuk kelas macam biasa , hujan. Jihah suka lettew. Boleh tidur. Aku and Yana busy gila copy homework. haha. Lepas rehat, ada PAI. Ustazah dah masuk, aku boleh lagi lepak 'lepak dengan budak kelas sebelah. Takpe, ustazah aku sporting. Time tengah belajar tuh, tiba 'tiba ada pula lori sampah masukkan. Bau dia, mengancam kau tahu. Ustazah bersemangat nak ajar, tutup hidung then ajar. Suara macam chipmunk. Aku gelak dengar suara ustazah. Ada pula budak yang lambat sikit boleh tanya, kenapa ustazah tutup hidung. Ustazah jawap tak boleh blah, lori sampahlah, takkan kentut kamu pula. Budak tuh pon jadi bahan kitorang. 

Balik tuh, naik dorm Shazreen. Tingkat 3, kurus aku naik. Jihah sahaja nak dera aku. Dalam dorm, buat macam rumah sendiri. Buka tudung, gelak 'gelak and party liar buat BM. Nasib ada Kak Raudhah. Senang sikit buat BM ^^ Bla, bla, bla aku balik naik motor. Broom broom. lmao.

Post agak panjang hari neh, so aku just wish dekat sini ^^ 
Happy birthday, makcekk yang comel, keling, baik tapi jahat sikit. haha. Sayaaaaaaaang sangaaaaaaat *heart sign*