Warrior ♛
flee unto Allah.

Diary Contact Theme +Follow



OLD NEW
When You Believe In Yourself, Everything Is Possible.


Assalamualaikum. Hari ini aku sedih sikit dan tak ada mood untuk senyum. Walaupun senyum itu sedekah. Aku tak tahu macam mana nak cerita dan tak tahu macam mana nak mula. K cerita dia macam ini. Alkisah, aku ada sekolah ganti. Aku tersangatlah malas nak pergi. Aku pemalas. Ye, aku memang macam ni. Bangun pun pukul 6.30, nampak sangat tak nak pergi kan ? hehehe. Tapi aku gagahkan juga untuk bangun walaupun katil menyuruh aku untuk sambung tidur, lol. Aku sampai sekolah dan turun untuk perhimpunan. Sebelum tu, check dulu Crush ada ke tidak. K, dia tak datang. Dia pun malas. Kitorang ada persamaan. As usual, cikgu akan membebel panjang. Urghh, macamlah kitorang nak take note. Then ada pengumuman tapi seakan warning bagi aku. Start minggu depan ada spotcheck. Aku dah rasa tak sedap hati.

Aku seperti biasa mengharungi masa sekolah dengan senyuman dan gelak tawa. Nasib aku baik hari ini, ramai cikgu tak ada. So, aku lepak dengan Jia. Kitorang story itu ini. Pot pet pot pet je, ahahaha. Lepas rehat, aku pergi ke bilik KH. Kitorang ada buat projek kayu. Aku dah bosan. Aku suka part spray colour je. Habis sahaja subjek KH, aku berjalan ke kelas. Terserempak dengan Muni & Bella. Muka macam nampak hantu. Tiba-tiba, Muni kata hari ini ada spotcheck. Kebetulan, aku membawa barang larangan. Jantung rasa nak gugur. Memang kelam kabut mencari tempat nak sorok 'benda' tu. Shazreen bagi idea yang agak bernas, sorok dekat meja bilik KH. Aku berjalan laju ke kelas, jantung masih berdebar. Walaupun 'benda' aku dah sorokkan, tapi aku masih was-was.

Kelas aku dipenuhi dengan pengawas. Takut menyelubungi diri. Tapi masih mampu tersenyum untuk kelihatan seperti biasa. Pengawas memeriksa purse aku. Agak banggalah sebab purse B2ST, lol. Kemudian, pengawas terjumpa satu kertas kecil. Baru aku teringat yang kertas tu ada nama Crush. Dengan cepat, aku merampas kertas. Tapi terpaksa bagi balik, aku try tergelak untuk menghilangkan rasa gugup. Fuhh, pengawas tu tak jadi nak rampas kertas tu. Kalau tak, mana aku nak sorok muka ni u____u

Aku kembali cemas apabila asramarians menyebut nama aku. Pengawas datang ke arah aku, memberi arahan untuk mengikut dia. Aku hanya mampu berdoa. Pengawas tu menanyakan beberapa soalan. Like a boss aku menjawab, aku tak bawa 'benda'. And the most miracle thing is she believed. 

Waktu balik, aku tak sempat untuk mengambil kembali 'benda'. Cikgu sudah pun kunci bilik dan pulang ke rumah. Pada mulanya, aku agak sedih dan nak terjun bangunan. Tapi nak buat macam mana, dah terkunci dalam tu kan. Aku hanya mampu memandang 'benda' dari luar tingkap dan berdoa agar pengawas tak jumpa 'benda'. I'll save you on Monday. Take care :"<