Warrior ♛
flee unto Allah.

Diary Contact Theme +Follow



OLD NEW

Assalamualaikum.

Blog aku tukar design lagi. Tak tahu kenapa aku ambil warna orange. Just spontan. Yana please jangan jealous. Salahkan tangan aku lol. Okay aku tahu aku sepatutnya belajar sebab exam minggu depan -,- Menyampah menyampah menyampah. Walaupun formatif aje, masih aku tidak menyukainya. Menyesal aku cakap dengan cikgu geog yang aku boleh dapat A untuk formatif dan sumatif. Aku tahu aku tak boleh. Tapi aku tengok tak ada siapa yang angkat tangan, so aku hanya mendiamkan diri .___.

Minggu ni aku frust. Keh tipu. Setiap minggu aku frust. Cikgu suruh masak akhir tahun ni. Haish nak aje aku telefon delivery. tsk. Aku dapat macaroni pula tu. Mesti mak aku fikir lain tiba-tiba aku rajin masuk dapur. Selalunya duduk menghadap komputer. Takpe laki aku mesti bersyukur ada bini macam aku. Math juga buat aku frust speechelos terkedu. Kenapa susah sangat wahai subjek Mathematic? I hateu you.


Aku tak habis lagi tengok drama ni T_________T

Mak tak habis-habis cakap nak hantar aku pergi Mesir. Memang aku selalu diam dengar ibu cakap. Tapi jauh di sudut hati yang kecil ini nak sangat memberontak. Bukan aku tak suka belajar tentang Al Quran. Cuma aku ada hidup di sini. Orang kesayangan aku. Aku boleh aje berjauhan dengan keluarga. Yeah sebab aku tak rapat dengan mereka.

Tapi entah kenapa. Berat sungguh hati ini. Aku marahlah juga dengan ibu. Tapi marah itu disimpan. Tak boleh tolak jauh-jauh. Sikap marah aku ni degil. Ibu tak tanya pun aku. Mereka hanya membuat keputusan sendiri. Mereka tidak mendapatkan keizinan aku. Aku tak cakap nak pun. Okay lepasni aku lifeless. Sebab apa? Sebab ibu dan ayah sibuk plan hidup aku. Eh salah, aku kan dah tak ada life. So hidup mereka. Happy now?


Ren memang selalu bajet comel. Lempang sikit dia, someone? lol

Ramadhan semakin menghampiri. Aku berdoa agar aku dapat menyambutnya. Yknow ajal kita Allah sahaja yang tahu. Aku harap dan berdoa masa Ramadhan nanti aku mimpi Rasulullah SAW. Dan aku juga berdoa supaya Allah beri aku petunjuk sama ada aku harus tinggal di Malaysia atau pergi ke Mesir. Kalau aku pergi ke Mesir, harap aku berubah ke arah kebaikan. Kalau tak pergi pun, aku tetap akan berubah ke arah kebaikan.

Err awkward post kan? aku tahu .___.